BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 10 January 2011

kawan kawan

kepada kawan kawan saya.

saya sayang anda semua. kalau saya sudah tiada, sedekah kan la al Fatihah. jenguk jenguk la ibu bapa saya, dan jangan sekali ungkit pasal ketiadaan saya. saya tak mahu mereka bersedih. ceriakan la hidup ibu bapa saya, agar mereka tidak merindui saya. jaga juga nenek dan datuk saya di kampung. mereka la buah hati saya sampai bila bila. tuhan saja tahu betapa saya sayangkan mereka.
kawan kawan saya.
bila saya sudah tiada, jangan la rindukan saya. saya bukan siapa siapa. saya hanya manusia biasa. ajal maut di tangan tuhan. jangan tangisi pemergian saya. kerana tuhan tahu betapa saya akan merindui anda semua. anda semua adalah teman saya sampai saya sudah tiada. oleh kerana itu. saya meminta tolong dari anda semua. jagalah keluarga saya. tanpa mereka, tiada lah saya di muka bumi ini.

ajal saya di tangan tuhan. bila bila masa saja saya boleh meninggalkan dunia ini. tuhan saja yang tahu. sebelum apa pun yang akan terjadi. saya emma naziera binti saleh, menyusun sepuluh jari, seluruh tubuh saya, saya meminta ampun dan maaf dari anda semua. maafkan saya. ampun kan saya. halalkan makan minum saya. demi tuhan, saya amat berdosa. maafkan saya.

1 comments:

Anonymous said...

emma, jgn padah gya. i love you syg :)